top of page

Pandora Papers: Ketua Pembangkang rayu adakan perbahasan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 7, 2021
  • 1 min read


Skandal yang membuntuti pendedahan Pandora Pampers mesti dibahaskan di Dewan Rakyat untuk mengelakkan imej Malaysia tercemar di peringkat antarabangsa.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengemukakan rayuan hari ini terhadap penolakan usul membahaskan Pandora Papers yang dibuat oleh Speaker semalam.


"Susulan penolakan usul terkait Pandora Papers semalam, hari ini saya telah mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.


"Saya berpendapat bahawa perbahasan mengenai pendedahan Pandora Papers perlu disegerakan.


"Saya berharap rayuan usul ini dapat diteliti dan dipertimbang dengan sesegera mungkin," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.


Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menolak membahaskan pendedahan Pandora Papers yang menyentuh usaha melarikan lebih RM1,800 bilion wang dari Malaysia melibatkan nama-nama besar ahli politik pada era pemerintahan BN dengan alasan usul berkenaan tidak perlu disegerakan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page