Apr 22, 20211 min

MP Lembah Pantai salur RM50,000 kepada Kolej Za'ba Universiti Malaya

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Kolej Za'ba Universiti Malaya.

Katanya, kolej tersebut merupakan kolej angkat yang beliau pilih untuk bantu sejak 2019, antara sebabnya kerana jumlah pelajar dari keluarga B40 yang ramai.

"Sejak itu, saya telah menyalurkan bantuan RM50,000 untuk baiki dewan serta menambahbaik bilik-bilik pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).

"Alhamdulillah saya lihat kerja-kerja tersebut telah dijalankan dengan baik, namun belum boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar yang tidak dapat berada di kampus," katanya.

Bagaimanapun, Fahmi berjanji akan terus membantu golongan mahasiswa yang berada dalam kesusahan pada bulan puasa ini.

"Insya-Allah, saya akan usahakan beberapa perkara lagi, terutama bagi mahasiswa yang berada di UM sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.

    0