top of page

KEADILAN, NGO bantu keluarga memerlukan di Kluang

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 27, 2021
  • 1 min read


KEADILAN Kluang bersama Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat baru-baru ini membantu sebuah keluarga yang memerlukan di kawasan berkenaan.


Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, keluarga tersebut mengalami kesulitan kewangan, apatah lagi dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan.


"Kami menerima aduan tentang satu keluarga di Kampung Melayu, Kluang yang amat memerlukan bantuan. Ketua keluarga berkerja sebagai pengawal keselamatan tinggal bersama isteri dan 4 orang anaknya.


"Oleh itu Ketua Cabang Kluang, En Kalytas bersama-sama Zakaria, Naib Ketua Cabang meluangkan masa melawat keluarga tersebut dan bertanya khabar.


"Kami menyumbangkan barangan makanan bagi meringankan sedikit beban keluarga tersebut," katanya.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Nallatamby, Pengerusi Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat di atas penyediaan barangan sumbangan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page