AMK, Wanita KEADILAN berganding bahu bantu mangsa bencana
- Omar Zin
- Aug 28, 2021
- 1 min read

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah, Datuk Johari Abdul mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turun membantu mangsa bencana di Gurun.
Beliau berkata, bantuan itu bagi meringankan beban kepada mangsa bencana memandangkan kesan akibat kejadian bencana alam terutama di kawasan Gurun sudah semakin pulih dan baik.
"Terima kasih kepada semua pihak khususnya Angkatan Muda KEADILAN Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
"Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Wanita Keadilan Kedah, Srikandi KEADILAN Kedah, MPN, NGO, sukarelawan, orang perseorangan serta pihak-pihak lain yang turun padang membantu dan menyalurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada mangsa bencana alam di kawasan yang terlibat," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada AMK dibawah pimpinan Saudara Akmal Nasir kerana membantu mengumpul dana dan menyeliakan misi bantuan kemanusiaan bencana alam ini.
"Khidmat bakti dan jasa kalian termasuk daripada Pasukan Pusat Peduli Rakyat DUN Gurun dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sungai Petani amatlah saya kenang dan hargai.
"Jutaan terima kasih buat semua. Semoga Allah membalas segala jasa kalian dengan kebaikan," katanya.
Comments