top of page

Zunar turunkan kartun hormat Agong, bukan sebab laporan polis Pemuda Pas



Kartunis satira politik ternama, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar menegaskan beliau tidak menurunkan kartunnya di media sosial akibat desakan politik daripada pihak pembangkang.


Menjawab tohmahan di media sosial kononnya Zunar menurunkan karya satira kerana gentar kepada laporan polis, beliau berkata tindakan itu dilakukan kerana menghormagti titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang tidak mahu dipanjangkan isu isu berkaitan 3R (agama, kaum dan raja).


"Saya tidak akan melayan tindakan (kerenah) oleh Pemuda Pas Kelantan, kerana mereka tidak ada keupayaan untuk berfikir secara intelektual. Mereka tidak memahami karya karya kartun satira.


"Ya, saya delete kartun tersebut dalam sosial media, tetapi bukan kerana saya takut berdepan dengan laporan polis yang mereka lakukan.


"Saya tahu pasti apa yang (saya) lukiskan. Cuma saya rasa selepas titah YDPA terbaru, sudah sampai masanya menghentikan karya karya mengenai isu tersebut," katanya dalam kenyataan.


Bagaimanapun kepada rakyat Malaysia beliau berkata, terdapat kebebasan dalam berkarya yang membenarkan beliau menghasilkan kartun satira sedemikian rupa berdasarkan undang undang.


Zunar juga bertanya, bahagian manakah kartun berkenaan yang didakwa menghina agama Islam sebagaimana laporan polis oleh pemuda Pas.


"Kepada publik ingin saya jelaskan, dalam visual kartun tersebut, bahagian manakah yang dikatakan sebagai menghina Allah atau Agama Islam?


"Kepada mereka yang mahu berfikir dengan akal sihat, kartun itu hanya menggambarkan ketakutan atau phobia (fobia) sesetengah golongan terhadap sesuatu lambang sehinggakan menimbulkan tafsiran berlebihan," katanya.


Pemuda PAS Kelantan pada 9 April lalu telah membuat laporan polis di Kota Bharu terhadap laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club dan mendakwa menghina kalimah Allah.


Manakala Agong pada pada tarikh sama lalu berkenan menerima menghadap pimpinan kanan parti UMNO dan DAP di Istana Negara, Kuala Lumpur berhubung meredakan ketegangan antara kaum berkaitan isu 3R.


Baginda bertitah bahawa perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan di Malaysia.


Yang di-Pertuan Agong juga bertitah supaya bermaaf-maafan antara satu sama lain sempena Aidilfitri dan membuka lembaran baru.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page