top of page

Zunar, NGO Hujjah anjur pameran kartun bertema hak asasi manusia Asean


Kartunis politik tanah air Zulkiflee Anwar ul Haque atau Zunar bersama NGO Hujjah Ehsan buat julung kalinya menganjurkan pameran kartun berbentuk digital bertajuk "The Asean Human Rights Cartoon Exhibition."


Menurut Zunar, pameran berkenaan akan berlangsung dari 3 Mei sehingga 30 Mei ini.


"Bertemakan "Hak Asasi di Negara Sendiri", ia mempamerkan 100 kartun kritis hasil karya 37 kartunis dari negara-negara Asean.


"13 kartunis dari Malaysia, 13 dari Indonesia, 4 dari Thailand, 6 dari Filipina dan seorang dari Myanmar terlibat.


"Antara isu yang difokus dalam galeri utama ialah Perintah darurat di Malaysia; Undang-undang mengenai raja di Thailand; Pembunuhan dan peperangan dadah di Filipina; Rampasan Kuasa di Myanmar juga isu Papua di Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.


Kata Zunar lagi, penunjung juga akan disajikan dengan sebuah galeri khas Myanmar Solidarity Gallery, iaitu usaha solidariti dari para kartunis sebagai sokongan kepada rakyat negara itu yang berdepan dengan rejim tentera.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan pameran ini secara online pada 3 Mei, jam 2 petang.


"Turut berucap di majlis pelancaran tersebut ialah Yenny Wahid, anak kepada bekas presiden Indonesia Gus Dur dan Phil Robertson dari Human Rights Watch Asia," katanya lagi.


Pameran ini terbuka secara percuma kepada orang ramai. Pengunjung boleh melawat galeri dan menyertai majlis pelancaran secara dalam talian di www.craftora.com.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page