top of page

Zionis cuba sekat solidariti antarabangsa terhadap Palestin

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • May 20
  • 1 min read

Tindakan rejim Israel memintas flotila kemanusiaan antarabangsa ke Gaza, seterusnya menahan dan melakukan kekerasan terhadap aktivis misi itu termasuk rakyat Malaysia dikritik keras Kaukus Palestin Parlimen Malaysia.


Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) menegaskan, tindakan menghalang usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak berkenaan merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia.


"Tindakan ini bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah dilihat cuba menyekat solidariti masyarakat antarabangsa terhadap rakyat Palestin yang terus berdepan krisis kemanusiaan di Gaza," katanya dalam kenyataan.


Beliau sementara itu menyatakan pendirian pihaknya yang menuntut supaya keselamatan semua aktivis terjamin, termasuk pembebasan segera semua yang ditahan tanpa syarat.


Dalam masa sama beliau memaklumkan bahawa Kaukus tersebut akan membawa usul ke Parlimen bagi mengecam tindakan tersebut serta menzahirkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin dan keselamatan aktivis kemanusiaan antarabangsa.


Dalam perkembangan sama, Syed Ibrahim berkata pihaknya juga menyokong usaha mengemukakan usul tergempar bagi mengesahkan Deklarasi Brussels yang melibatkan ahli Parlimen dari beberapa negara termasuk Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Kesatuan Eropah.


Langkah itu penting dalam memperkukuh tekanan diplomatik dan ekonomi terhadap Israel susulan dakwaan pelanggaran berterusan terhadap undang-undang antarabangsa.


"Masyarakat antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap pencabulan hak kemanusiaan dan perlu bertindak mempertahankan prinsip keadilan sejagat serta solidariti global terhadap rakyat Palestin," tambahnya.


Setakat malam tadi, semua aktivisi rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dilaporkan ditahan tentera Zionis Israel.


Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berhubung dengan beberapa pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan antarabangsa untuk menekan rejim Zionis agar membebaskan semua 350 aktivis misi kemanusiaan yang ditahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page