top of page

Ziarah Deepavali KEADILAN Cabang Jasin bantu masyarakat kurang berkemampuan



Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar, dua dari kiri) baru-baru ini menyampaikan bantuan sempena Deepavali kepada masyarakat berketurunan India di Cabang Jasin.


Menurut kenyataan KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, ziarah itu berjaya menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga di Rim.


"YB Shamsul mengetuai rakan-rakan anggota Cabang menyampaikan sumbangan Deepavali kepada beberapa keluarga komuniti India di kampung Rim.


"Program tersebut turut disertai Elizah Asuan Kailani, Ketua Wanita KEADILAN Negeri Melaka serta pasukan dan Prasanth Kumar Brakasam, Ketua AMK Cabang Jasin yang juga Ketua AMK Negeri Melaka.


"Malah dalam ziarah kali ini, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Pusat, Raiyan Abdul Rahim juga turut hadir dalam program tersebut," kata kenyataan itu.



Kemudian Shamsul turut ke Maha Mariamman, Tambak Paya menyampai sumbangan Deepavali kepada sekitar 70 orang warga komuniti India.


Selain itu, beliau juga hadir menziarahi kematian di Kampung Pantai Peringgit pada sebelah malam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page