Exco Selangor, Mohd Zawawi Mughni menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja bagi memantapkan parti.
Katanya, beliau menawarkan diri kerana melihat Malaysia dalam keadaan tidak menentu. Politik negara kacau dan kerajaan bertukar ganti dan ekonomi negara menjadi lemah serta hutang terus meningkat.
"Kehidupan rakyat dalam fasa pandemik ini semakin menghimpit dan menekan. Pilihan raya umum juga akan diadakan bila-bila masa sahaja. KEADILAN dan seluruh jentera telah bersiap sedia untuk menjadi pemain utama dalam persaingan menuju ke Putrajaya.
"Namun begitu, bagi memantap, memajukan dan mengukuhkan lagi parti ini saya dengan rendah hati menawarkan diri sebagai Timbalan Ketua Cabang Kota Raja untuk pemilihan kali ini," katanya.
Comments