'Zaman Mahathir sudah berlalu, bukan Anwar' - Johari Abdul



Ungkapan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu wawancara semalam kononnya era kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berlalu dikritik oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.


Bagi Johari, kenyataan Mukhriz tersebut bahawa kepimpinan Datuk Seri Anwar turut dipertikaikan dalam kalangan PH tidak mempunyai fakta.


"Faktanya pemimpin kanan PH seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu masih menerima Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PH.


"Kritikan pemimpin lapisan bawah dalam komponen PH tentunya tidak boleh dihindari, malah dalam parti parti besar seperti Umno dan Pas pun pemimpin bawahan atau parti komponen lain dalam koalisi bebas mengkritik.


"Di dalam KEADILAN pula, sokongan padu ditunjukkan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar sama ada dalam kalangan kepimpinan utama, sayap wanita mahupun Angkatan Muda KEADILAN," katanya.


Sebaliknya, menurut Johari, Mukhriz yang sepatutnya mencermin dirinya sendiri, bukankah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu beliau dan ayahnya Tun Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo KEADILAN, yang dipertikaikan kepimpinan utamanya?


Malah prestasi Bersatu ketika itu tidak pula cemerlang, bertanding 52 kerusi menang 13 manakala parti Datuk Seri Anwar meletakkan 51 calon dan menang 50 kerusi.


"Mukhriz harus sedar kecelaruan politik hari ini faktanya bukan disebabkan oleh kepimpinan Anwar tetapi tindakan Tun Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri. Sekiranya berlaku peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar pada awal 2020 lalu tentunya kerajaan PH masih wujud sehingga kini dan mampu menunaikan janji janji manifestonya.


"Manakala kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sarawak tidak boleh dijadikan ukuran tahap populariti Datuk Seri Anwar. Hal ini kerana dua PRN itu memang dirancang oleh pemerintah untuk menghadkan keupayaan PH mengumpulkan rakyat dalam siri ceramah umum sebagaimana sebelum ini


"Ceramah umum sejak 1998 telah menjadi pentas penggerak utama sokongan rakyat. Rakyat yang berhimpun diberi penerangan mengenai situasi semasa negara. Dalam aksi ceramah, tiada tokoh yang lebih berpengaruh berbanding Datuk Seri Anwar di dalam PH. Tentunya apabila ceramah umum ditiadakan maka pengaruh Datuk Seri Anwar dan seterusnya PH akan malap," katanya.


Tegas Johari, faktor penindasan kerajaan BN - PN itulah yang seharusnya diteliti oleh Mukhriz dan ditentang, apatah lagi Pejuang juga akan masuk pilihan raya dengan Prosedur Operasi Piawai yang sama.


Bukan memperlekehkan kepimpinan Anwar yang Mukhriz sendiri memperoleh manfaat ketika bertanding menggunakan logo KEADILAN beberapa tahun lalu.


"Bagi KEADILAN, pengaruh Datuk Seri Anwar tidak berkurangan dan kekal layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke 10.

"Sebaliknya kepimpinan Tun Mahathir yang sudah tenggelam dan jauh dari hati penyokong PH dan rakyat apabila beliau gagal menyerahkan kuasa kepada DS Anwar pada 2020 lalu


"Tindakan menghancurkan harapan rakyat dari Tun Mahathir inilah yang perlu dikaji oleh Pejuang akan kesannya kepada prestasi parti itu untuk muncul sebagai parti yang mempunyai taring dalam PRU 15 kelak," kata Johari lagi.


Semalam, Mukhriz dalam satu wawancara berkata masa kepimpinan Anwar sudah berlalu dan tiba waktunya untuk kumpulan baharu mengambil alih. Pendapat beliau bagaimanapun dipertikaikan warga net kerana prestasi Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah juga tidak memberansangkan dan boleh dianggap sebagai 'kepimpinan yang sudah berlalu'


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER