Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Zainal Hassan menyifatkan beliau mempunyai kelebihan tersendiri untuk meraih majoriti terbesar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, ini berdasarkan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati.
"Dengan sosok dua calon politik ini, pada saya tak jadi masalah di mana kami akan hadapi, tidak kira siapa menentang kami. Kami tetap akan tentang, itu semangat juang yang telah ditunjukkan bukti Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Masing-masing ada kelebihan, mungkin pada Datuk Mas Ermieyati kita tahu kelebihan dia di mana, begitu juga Datuk Ab Rauf.
"Apabila kita lihat UMNO dan PN dia sama-sama bertentangan di antara mereka, apa yang saya harapkan pertentangan mereka ini akan berikan kemenangan kepada PH," katanya.
Zainal juga yakin banyak perubahan dapat dibawanya jika dipilih pada hari mengundi 20 November depan.
"Sekiranya saya dipilih sebagai pemimpin di sini, pertama sekali saya akan cuba mendekati rakyat sebanyak mungkin dan perkara utama saya akan ambil perhatian ialah masalah kebajikan.
"Rata-rata maklum kawasan kampung dan luar bandar ada miskin tegar ditambah pula dengan Covid-19, makna kehidupan mereka bermasalah. Jadi saya akan cuba membantu mereka menaikkan taraf hidup mereka," katanya.
Comments