top of page

Yuran latihan sukan akan dimasukkan dalam senarai pelepasan cukai



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang membuat permohonan dari Kementerian Kewangan bagi memasukkan kos atau yuran latihan sukan dalam senarai pelepasan cukai.


Menterinya, Hannah Yeoh berkata, permohonan itu dibuat menerusi Belanjawan 2024 yang sekiranya dipersetujui akan memberi manfaat kepada ramai.


Tambahnya, ketika ini berdasarkan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997, hanya pembelian alatan sukan diberi pelepasan cukai.


"Sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan masih berjalan dan tahun ini. Kita fokus memohon untuk memberi pelepasan cukai kepada ibu bapa atau individu yang berbelanja untuk latihan sukan. Objektifnya adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat antara rakyat Malaysia.


"Kanak-kanak didorong pada usia muda untuk mengikuti latihan sukan. Ini juga akan membantu atlet kita mempunyai pekerjaan jika ramai menggunakan khidmat latihan sukan. Kita mahu melalui kaedah ini, industri sukan boleh membangun," katanya dipetik.


Program Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023 anjuran KBS menerusi Sektretariat Industri Sukan yang dirasmikan Hannah pada Sabtu itu berlangsung selama dua hari, melibatkan penyertaan 40 pemain industri sukan dari Semenanjung dan Sabah.


Majlis itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin yang turut menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman dalam bidang peralatan dan fasiliti sukan.


Terdahulu, Hannah dalam ucapannya berkata, Sabah terkenal dengan destinasi sukan menarik seperti selam skuba, pendakian gunung, golf dan aktiviti semula jadi lain.


Sebagai dorongan pertumbuhan industri sukan di negeri itu, beliau berkata kementeriannya telah meluluskan sebanyak RM774,000 daripada permohonan Geran Padanan Sukan kepada syarikat dan pertubuhan sukan di Sabah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page