Yayasan Madani menganjurkan Korban Madani pada Hari Raya Aidiladha lalu di 11 kawasan di Kedah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Madani, Dr Mohd Amin Othman sebanyak 4 ekor lembu telah diberikan di setiap kawasan untuk diagihkan dagingnya kepada penduduk yang kurang bernasib baik.
"Korban Madani peringkat negeri Kedah ini melibatkan 12 kawasan
"Agihan kepada setiap kawasan adalah lebih kurang 4 ekor. Seekor untuk kenduri madani dan 3 ekor untuk agihan daging korban kepada rakyat atau peserta.
"Tujuannhya adalah untuk menyemarakkan suasana Hari Raya Aidiladha kepada yang kurang bernasib baik," katanya.
Menurut beliau lagi, Yayasan Madani terpanggil untuk menyediakan 50 ekor lembu korban pada tahun ini selepas mendapati banyak pengendali pakej korban mengeluh tidak banyak peserta berbanding tahun sebelumnya.
"Selari dengan aspirasi nasional Malaysia Madani, program ini saya harap dapat mengagihkan daging kepada rakyat di kala banyak program korban pada tahun ini kurang mendapat permintaan oleh para penyumbang korban.
"Banyak pengendali pakej korban yang mengeluh pakej mereka kurang mendapat sambutan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Amim yang mengunjungi salah satu lokasi korban di DUN Kota Siputeh berpuas hati dengan perjalanan program pada Hari Raya pertama Aidiladha yang lancar.
Di Seputeh beliau turut melapah daging korban bersama ADUN Kota Siputeh, Dr Salmee Said dan beberapa pemimpin masyarakat tempatan.
Yayasan Madani mengagihkan lembu korban ke kawasan Sik, Pendang, Jerlun, Merbok, Sungai Petani, Alor Setar, Pengkalan Kundor, Langkawi, Pokok Sena dan Kulim Bandar Baharu.
Comments