top of page

Yang di-Pertuan Agong ingatkan Ahli Parlimen fokus bela rakyat



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini merasmikan sidang Dewan Rakyat Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 dengan bertitah meminta Ahli-ahli Parlimen tidak mempertaruhkan masa hadapan negara dan rakyat Malaysia dalam percaturan politik mencapai agenda mereka.


Sehubungan itu, Baginda mahukan kerajaan dan ahli-ahli politik fokus kepada usaha menangani pandemik Covid 19 sehingga reda dan tidak lagi menjadi ancaman.


"Lebih setahun berlalu, negara masih belum bebas dengan Covid-19. Negara dan rakyat beta sudah terlalu lama dibelenggu dengan masa hadapan kelam, bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemurungan ekonomi.


"Terlalu ramai rakyat beta terkesan dengan penularan pandemik ini, dan terlalu ramai hilang sumber rezeki.


"Ratusan pucuk surat diterima dari rakyat beta yang merintih penuh duka seribu harapan, agar sinar perubahan dapat dikecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan harian.


"Nasihat beta kepada semua ahli berhormat, Jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat beta sebagai pertaruhan dalam mencapai agenda tertentu," titahnya


Baginda juga mahu Ahli Parlimen serta agensi kerajaan yang terbabit turun padang untuk meninjau sendiri serta menyelami isu-isu rakyat.


"Sesungguhnya beta amat prihatin dengan nasib rakyat beta yang telah terkesan ekoran daripada pelaksanaan pelbagai langkah-langkah tertentu oleh kerajaan dalam usaha untuk membendung pandemik Covid-19.


"Justeru, beta menyeru kepada ahli-ahli yang berhormat dan semua agensi kerajaan yang berkaitan untuk bertindak proaktif dengan turun padang untuk meninjau dan menyelami isu-isu rakyat dari dekat serta memantau pencapaian program-program yang telah dimumkan,” titah baginda lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page