top of page

Wujudkan Pusat Peneriman Vaksin pelbagai saiz percepat proses vaksinasi


Proses vaksinasi Covid 19 yang lembab terutama kepada masyarakat luar bandar menuntut kerajaan menukar segera beberapa strategi utama.


Menurut Ketua Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Jame Stephen, KEADILAN negeri itu menyeru agar kerajaan mewujudkan sebanyak mungkin Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pelbagai saiz di pelbagai lokasi, dan tidak terlalu bergantung kepada PPV mega sebagaimana yang berlaku sekarang.


Katanya, PPV pelbagai saiz juga membenarkan klinik umum menyuntik vaksin akan mempercepatkan negara mencapai imuniti kelompok dan membuka semula ekonomi.


"Saya mengalu-alukan sebarang usaha mempercepatkan proses vaksinasi dan memperkenalkan lebih banyak PPV serta dimanfaatkan klinik dan hospital swasta. Kerajaan mesti menggunakan pusat-pusat vaksinasi semua saiz, bukan hanya pusat-pusat mega.


"Mesti ada jangkauan aktif kepada semua penduduk Malaysia tanpa mengira status. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu berhati-hati terhadap sebarang bentuk kronisme dalam memilih syarikat yang menyediakan perkhidmatan vaksin.


"Untuk mengelakkan pembaziran, ‘stand-by list system’ perlu disediakan bagi memastikan orang ramai boleh dipanggil dengan notis yang singkat. Senarai menunggu yang betul untuk Program Vaksinasi Kebangsaan (NIP) mesti dipatuhi tanpa beratur-melompat macam yang berlaku di Sarawak di kalangan orang kenamaan (VIP).


"Peruntukan maklumat vaksin dan pendidikan awam lanjut untuk menggalakkan pendaftaran juga perlu dibuat di pelbagai platform dan tidak hanya terhad kepada MySejahtera. Pendidikan boleh juga dibuat melalui pemimpin masyarakat, e-mel, teks dan panggilan telefon," kata kenyataan itu.


Tegas Jame, Kerajaan mesti tampil dengan pelan tindakan yang holistik dan strategi keluar yang jelas. Pendekatan yang lebih bersistematik bermakna cara membuat keputusan akan didorong oleh data, bebas, dan bukan dengan sewenang-wenangnya.


Katanya, satu strategi pengurusan pandemik jangka panjang dan jangka pendek perlu diwujudkan mengikut kesesuaian semasa, bukan hanya tertumpu kepada lockdown sebagai jalan penyelesaian.


"Kerajaan dalam hal ini perlu memperkenalkan Indeks Keterukan Covid-19. Indeks ini boleh memudahkan rakyat faham dan langkah-langkah keselamatan awam akan dipertingkatkan.


"Indek Keterukan akan berubah samada meningkatkan atau berkurang bergantung kepada tahap jangkitan. Sekatan rentas sempadan boleh dipertingkatkan atau dilonggarkan dengan sewajarnya," katanya.


Di samping itu, kata Jame, KEADILAN Sarawak juga mahu Parlimen dibuka semula dengan segera sebagaimana dititah oleh Yang Dipertuan Agong pada 24 Februari dan 16 Jun lalu.


"Ahli Parlimen sudah divaksin, kita lihat tiada sebab mengapa Parlimen tidak dapat bersidang semula secara fizikal sambil mematuhi standard operasi prosedur yang betul. Darurat pada Januari lepas dengan objektif kononnya membendung pandemik jelas menunjukkan kes harian terus mencecah ke paras yang lebih tinggi. Objektif darurat gagal bersama kerajaan yang gagal.


"Oleh itu Parlimen adalah wadah untuk menangani isu-isu komunikasi yang jelas, pengurusan pandemik yang berkesan, penyelarasan antara kementerian, antara kerajaan persekutuan dan negeri, pengurusan vaksinasi yang pesat dan peruntukan bantuan ekonomi yang diperlukan," kata keyataan itu lagi.


Bagi KEADILAN Sarawak, kata Jame, persidangan Parlimen merupakan jalan penyelesaian kepada semua isu-isu atau usul-usul yang diperlukan untuk menyelamatkan rakyat.


Rakyat biasa pula membantu dalam usaha membendung pandemik dengan melaksanakan 'self lockdown' dan mendaftar untuk suntikan vaksin.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page