top of page

Wujudkan akta baharu bendung isu 3R - Thiban



Oleh: Abdullah Zaid


Isu hasutan bersangkutan agama, raja dan kaum (3R) memerlukan akta baharu diwujudkan bagi memudahkan penguatkuasaan dan mengekang pihak tidak bertanggungjawab daripada terus menghasut dan memecahkan keharmonian negara.


Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor, Thiban Subramaniam berkata, akta baharu yang mempunyai elemen keharmonian perlu dijadikan garis panduan undang-undang berbanding Akta Hasutan 1947 yang lebih menjurus kepada elemen kesalahan jenayah dan sering dikaitkan sebagai senjata politik.


Jelasnya, penelitian akta itu amat perlu memandangkan isu 3R yang kian serius kebelakangan ini termasuk insiden seorang pelancong asing membaca potongan ayat Al-Quran di hadapan kuil Hindu di Batu Caves, Selangor yang perlu dikenakan tindakan undang-undang.


"Sejak seminggu ini tular di TikTok melibatkan seorang pelancong asing membaca potongan ayat Al-Quran di hadapan Kuil Hindu Batu Caves. Pempengaruh yang menggunakan nama Abdeen itu telah merakam dan memuat naik beberapa video dari Batu Caves, tempat beribadat bersejarah masyarakat Hindu.


"Tindakan memuat naik video berunsur provokasi perkauman dan menghina agama Hindu telah mendapat pelbagai reaksi netizen.


"Video ini telah tular dalam kalangan orang awam dan mewujudkan keresahan antara penganut agama Islam serta agama Hindu di Malaysia. Beberapa siri video balas dan komen terus dibuat mengeruhkan lagi keadaan," katanya dalam satu kenyataan.


Meskipun, kata Thiban, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar telah mengecam keras tindakan pelancong asing tersebut dan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan pula menggesa Jabatan Imigresen untuk menyenarai hitam pelancong asing berkenaan daripada memasuki Malaysia, namun hal itu dilihat belum mencukupi.


Selain itu, Thiban juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada ruang untuk ekstremis di media sosial sebagai usaha membendung barah perkauman daripada terus menular.


Dalam pada itu, katanya, kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh baru baru ini yang mendakwa masyarakat bukan Bumiputera cemburu dan cuba menggugat kedudukan UiTM serta hak Bumiputera juga mampu memecahkan keharmonian pelbagai kaum.


"Saya menggesa Kementerian Perpaduan Negara dan kementerian yang terbabit untuk mengkaji semula cadangan memperkenalkan suatu undang-undang spesifik bagi membolehkan kerajaan bertindak terhadap individu yang menggunakan isu-isu sensitif dalam memecahbelahkan perpaduan nasional," katanya.


Tegas beliau, penguatkuasaan undang-undang perlu diambil segera bagi membendung penularan ‘virus’ perkauman yang boleh menghuru harakan negara.


"Ianya bukan sahaja menghancurkan keharmonian antara kaum malah turut membantutkan pembangunan negara.


"Sebelum ini pernah ada usaha untuk memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional seperti di Singapura namun ditolak. Kini Kerajaan boleh memperkenalkan suatu akta mengikut keperluan semasa yang mampu memperincikan tindakan undang-undang bagi mengatasi masalah isu hina agama, kaum dan diskriminasi," katanya lagi.


Menurut Thiban, sebagai rakyat Malaysia, semua pihak perlu berganding bahu memerangi ideologi perkauman sempit bagi menjamin negara yang harmoni dan maju.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page