top of page

WARISAN terus kukuh, PN terdesak buat berita palsu - Liew Vui Keong

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 10, 2020
  • 1 min read

Laporan media yang mendakwa ada Ahli Parlimen Warisan yang akan keluar parti adalah khabar angin semata-mata dan kesemua laporan mengenai perkara tersebut adalah palsu.


Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong berkata kesemua Ahli Parlimen Warisan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah terutamanya ketika berhadapan dengan pasca-COVID-19.


"Kita kekal fokus kepada isu-isu penting iaitu membantu kawasan Parlimen masing-masing, hal ehwal negeri dan negara, walaupun tak banyak yang boleh dilakukan tanpa sidang Parlimen," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Liew menganggap khabar angin lompat parti itu hanyalah percubaan Perikatan Nasonal untuk memecah belahkan pembangkang.


"PN sudah terdesak untuk mengekalkan majoriti tipis di Parlimen sebelum sesi Julai berlangsung, dengan usul undi tidak percaya menanti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Ini menyebabkan berlakunya gerakan 'membeli' Ahli Parlimen. Tetapi kita bukan begitu. Kita tidak akan mengkhianati mandat rakyat. Kita kekal teguh dengan prinsip parti," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page