top of page

Kalau Warisan Plus menang PRN Sabah, PN akan tumbang di Putrajaya


Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman menganggap jika Warisan Plus memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September, kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang di Putrajaya.


Beliau berkata, PRN Sabah menjadi penentu kepada kestabilan kerajaan PN dan membuktikan sokongan sebenar rakyat terhadap kerajaan pemerintah.


"Rakyat Sabah kena buktikan bahawa kita tidak mudah untuk dibeli, PRN Sabah ini boleh jadi penanda aras kepada kekuatan PN, kalau tolak PN ke BN ke MN ke, kemenangan akan memihak Warisan Plus dan akan tumbanglah PN.


"Kita kena lawan balik, selama berpuluh tahun BN memerintah, apa yang kita dapat adalah elektrik dan air putus-putus, pelajar pun terpaksa naik pokok, itu hadiah BN untuk orang Sabah? Sejarah buktikan kita sering dibuli oleh mereka. Ini masanya kita bersatu kerana Sabah boleh berdiri di atas kaki sendiri," katanya dalam Ceramah Mega Warisan Plus DUN Inanam.


Tambah Azis, rakyat Sabah boleh menerajui kerajaan sendiri tanpa mengikut telunjuk kerajaan persekutuan.


"Kalau Kelantan boleh bertahan 30 tahun dan tidak sealiran dengan kerajaan persekutuan jangan beritahu saya Sabah tidak melakukan perkara yang sama. Kalau rakyat bagi kita mandat yang besar, saya yakin PN akan tumbang di Putrajaya," katanya.


Dalam pada itu, Azis turut menyeru rakyat Sabah supaya tidak perlu takut untuk mengundi calon KEADILAN DUN Inanam, Peto Galim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Beliau berkata, tindakan Kenny Chua melompat parti bukanlah salah KEADILAN semata-mata.


"Di Sabah ini ramai yang lompat, yang bikin malu salah satu ADUN inanam. Rakyat Inanam boleh ubah budaya ini, pemimpin katak jangan bagi undi, bersedialah Kenny untuk hadapi rakyat, rakyat akan hukum kamu.


"Ramai juga marah sebab si kenny ini lompat, sebenarnya ini macam main bola sahaja. Ada pemain yang buat kesalahan, jangan marah sama Man United, kita sudah jual sudah lelong pemain itu tidak ada lagi, Man United tetap Man United. Jadi jangan salahkan KEADILAN sebab yang lompat adalah Kenny.


"Undi KEADILAN ini sama macam undi Warisan, jadi undilah KEADILAN DUN Inanam," katanya ketika Ceramah Mega Warisan Plus DUN Inanam.


Azis juga menyeru supaya semua pengundi bersatu-padu untuk mempertahankan kedaulatan Sabah dan menolak gabungan BN dan PN.


"Hari ini lahir wadah perjuangan baru, KEADILAN dan Warisan berdiri sebagai parti berbilang kaum. Kita harus pertahankan identiti ini, jangan dipecahkan dengan sentimen kaum.


"Keunikan Sabah harus dipertahankan, kita boleh duduk sama-sama. Marilah kita bersatu dan menang PRN ini.


"Kami Warisan, KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO sentiasa bekerjasama, kalau ada kekurangan kita saling melengkapi, silap sini sana jangan simpan dalam hati.


"Sebab musuh kita semua adalah satu, PN dan BN jadi pengundi ada satu pilihan iaitu Warisan dan berilah sokongan kepada Peto Galim," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page