Warisan, Pejuang umum sokong pencalonan Anwar sebagai PM 9


Dalam satu wawancara maya malam tadi Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan sokongan terbuka partinya kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) dari Pakatan Harapan Plus.


Hal itu katanya dicapai dalam muafakat pada petang semalam. Warisan menyokong Anwar untuk mencari sekurang-kurangnya 7 Ahli Parlimen tambahan bagi melepasi angka 110. Bagaimanapun sekiranya tidak berjaya, menurut Shafie, PH harus memberi sokongan kepada beliau sebagai calon PM 9 untuk mencari 7 sokongan itu.


"Kita ada muafakat di antara pembangkang. Tadi pun di istana, saya bincang dengan Anwar dan Lim Guan Eng. Mat Sabu dan Tun Mahathir juga saya bincang.


"Kita pembangkang sudah putus kita ada dua calon PM. Anwar dan saya juga. Kita asaskan 105 yang ada. Ini pemuafakatan kita. Siapa yang dapat raih untuk jadi calon pilihan, kita kena akur," katanya dipetik Astro Awani.


Shafie turut menafikan khabar angin beliau telah menyokong calon PM dari Perikatan Nasional sebagaimana digembar-gemburkan di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Dalam perkembangan sama, Presiden Perjuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, partinya membuat keputusan untuk menyokong calon PM daripada PH Plus pada kali ini.


Walaupun beliau tidak menolak untuk memberi sokongan kepada calon lain yang tidak terlibat dengan kluster mahkamah


"Kita harap bahawa pihak PH akan usahakan dan maklumkan kepada kami bahawa mereka sudah mempunyai jumlah mencukupi. Jadi kita akan jalan terus selepas itu.


"Kita terbuka kepada ketiga-tiganya (Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), tapi keutamaan kami tentu bersama PH. Jadi calon pertama dan kedua adalah yang kami beri tumpuan ketika ini," lata beliau dipetik Astro Awani.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER