top of page

Warganet kagum ketekunan Anwar bertugas sebagai PM



Warganet melahirkan rasa kagum dengan kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalankan tugas memimpin Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri (PM).


Kelibat Anwar yang hadir melawat kawasan bencana runtuhan tanah di Batang Kali, Selangor kira-kira jam 9.30 malam kelmarin dengan baju Melayu yang dipakainya sejak siang menarik perhatian ramai.


“Kesian PM dari siang sign MoU dengan baju Melayu sampai ke malam ke tempat tanah runtuh masih dengan baju yang sama. Betapa sibuknya jadual dengan tugas kepada rakyat dan negara. Salute,' ciap seorang pengguna twitter.


Ada antara mereka turut mendoakan "Semoga Allah naikkan darjat DSAI atas asbab berlaku adil, simpati dan murni kepada tanggungjawab yang diamanahkan.


Kelmarin Anwar dipenuhi jadual yang padat, pada sebelah siang beliau hadir ke majlis menandatangani dokumen permuafakatan gabungan Kerajaan Perpaduan.


PM selepas itu meraikan kunjungan Syekh Jamal Farouk Jibreel dari Universiti Al Azhar Mesir ke Seri Perdana sebelum bergegas melawat kawasan bencana untuk mendengar taklimat dari agensi berkaitan di tengah suasana hujan lebat.


Sejak awal dilantik, kerja kuat ditunjukkan Anwar sememangnya menarik perhatian ramai.


Seorang warganet, Jeffry Ismail ketika membuat komen kehadiran Anwar di laman Facebook Malaysiakini berharapkan Anwar dapat menggalas tugasnya dengan amanah, adil dan saksama serta dapat menjaga kebajikan seluruh rakyat di negara ini sebaik mungkin.


"Alhamdullilah, tak sia-sia aku berdoa DSAI jadi Perdana menteri Malaysia.


"Perdana Menteri terbaik. pantas bagi bantuan... inilah yang kita mahu," kata seorang pengguna Facebook dengan nama Ozom Real.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page