top of page

Wanita perlu rebut peluang sektor industri florikultur - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
DS Dr Wan Azizah merasmikan Laman Florikultur Agromakanan Magica Garden, Jabatan Pertanian bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026
DS Dr Wan Azizah merasmikan Laman Florikultur Agromakanan Magica Garden, Jabatan Pertanian bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026

Industri florikultur bukan sekadar mengetengahkan estetika dan kecantikan, malah merupakan subsektor berimpak tinggi yang mampu memacu ekonomi negara serta menjana peluang pendapatan buat pengusaha tempatan.


Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, industri tersebut menyumbang RM3.1 bilion kepada nilai eksport keseluruhan negara bagi tempoh 2018 hingga 2024, sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-10 sebagai pengeksport florikultur dunia dan peneraju utama di rantau ASEAN.


Tambah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, usaha dan promosi khususnya oleh Jabatan Pertanian perlu terus dipergiat, bagi membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada usahawan muda, wanita dan pekebun kecil.


"Ia adalah subsektor bernilai tinggi yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara, pendapatan pengusaha tempatan, pemerkasaan keluarga serta agenda keterjaminan makanan.


"Florikultur turut mampu memberi limpahan manfaat kepada sektor agropelancongan, e-dagang dan penataan landskap bandar," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu Dr Wan Azizah merasmikan Laman Florikultur Agromakanan Magica Garden, Jabatan Pertanian bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS di Serdang, Selangor.


Sementara itu beliau turut menggalakkan peralihan daripada pengeluaran konvensional kepada rantaian nilai berasaskan teknologi pintar bagi meningkatkan pengeluaran dan hasil, mempromosikan produk serta memastikan kualiti.


Kerjasama antara kerajaan, institusi penyelidikan dan pihak swasta penting untuk memperkukuh jaringan logistik serta infrastruktur nurseri moden negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page