top of page

Wanita Pakatan Harapan lantik pimpinan lengkap hadapi cabaran PRU 15



Menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang amat mencabar, Wanita Harapan melantik barisan kepimpinan lengkap bagi memperkukuh organiasasi berkenaan.


Menurut Ketua Penerangan Wanita Harapan, Soraya Salim, kepimpinan wanita yang baharu berikrar untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam politik Malaysia pada PRU kali ini


"Wanita Harapan juga berazam memperbaharui tekad dalam mengkonsolidasi fungsi, kekuatan dan peranan wanita dari parti-parti gabungan sebagai suatu pasukan yang mampan.


"Dalam kerangka kerjasama ikhlas ini, Wanita Pakatan Harapan mahu memperkukuhkan konsensus untuk menyatukan seluruh kekuatan jentera wanita parti komponen dalam memobilisasi gerak kerja memenangi PRU15," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, Wanita Harapan dalam pada itu telah mengeluarkan resolusi yang antaranya berazam untuk memperkasa struktur dan fungsi Majlis Pimpinan Wanita Harapan di peringkat nasional dan negeri; Memeterai dokumen Agenda Wanita Malaysia sebagai sebahagian daripada tawaran Pakatan Harapan untuk rakyat Malaysia merangkumi perlindungan hak, jaminan kesejahteraan dan kemakmuran pelbagai lapisan masyarakat; Menggerakkan siri Jelajah Wanita Pakatan Harapan sebagai persediaan Jentera Pilihan Raya Wanita Pakatan Harapan bagi memenangi PRU15 dan Mengadakan Konvensyen Wanita Pakatan Harapan di peringkat Nasional serta melancarkan Agenda Wanita Malaysia.


"Selain itu, mengambil kira dinamika perubahan politik semasa dan penampilan generasi baharu barisan pimpinan, Majlis Ketua Wanita Pakatan Harapan juga bersetuju memperkemaskan struktur kepimpinan Wanita Harapan sebagai manifestasi kesatuan politik yang lebih jitu, segar dan dinamik


"Dengan kerjasama padu daripada kesemua komponen wanita parti PH ini, kemaskini struktur kepimpinan bakal memberi nafas baharu dalam perjuangan reformasi politik tanah air melalui pembudayaan politik nilai dan idea, politik mendidik dan politik khidmat," katanya lagi.


Justeru, Wanita Harapan mengumumkan struktur baharu dan juga pengisian kepimpinan jawatankuasa seperti berikut:


Ketua Wanita PH : Aiman Athirah Sabu


Timbalan Ketua : Chong Eng

Timbalan Ketua : Fadhlina Sidek

Timbalan Ketua : Juliana Janni


Naib Ketua : Nor Hayati Bachok

Naib Ketua : Juwairiya Zulkifli

Naib Ketua : Alice Lau


Ketua Setiausaha : Teo Nie Ching

Timb. Ketua Setiausaha : Norhayati Bidin


Bendahari : June Leow


Ketua Penerangan : Soraya Salim


Pengarah Komunikasi : Yeo Bee Yin


Pengarah Pilihan Raya : Rozita Abdul


Pengarah Latihan : Sangetha Jayakumar


Biro Media & IT : Loh Ker Chean


Biro Dasar Awam : Kasthuriraani Patto


Biro Mobilisasi : Anfaal Saari


Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat & Keterangkuman Gender, Majlis Presiden Pakatan Harapan


Pengerusi : Hannah Yeoh

Timb. Pengerusi : Fadhlina Sidek

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page