top of page

Wanita KEADILAN ucap tahniah pelantikan Grace Lee ADUN Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Cabang KEADILAN Kota Kinabalu, Grace Lee Li Mei (gambar) atas pelantikannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.


Dalam satu kenyataan, Wanita KEADILAN menyifatkan pelantikan itu sebagai satu pengiktirafan bermakna, bukan sahaja kepada parti malah kepada rakyat, khususnya di Api-Api dan Kota Kinabalu.


"Pelantikan ini menjadi kebanggaan kepada rakyat. Kami menghargai tekad dan komitmen Yang Berhormat untuk terus mengangkat suara rakyat dengan penuh integriti, profesionalisme dan tanggungjawab," menurut kenyataan itu.


Wanita KEADILAN turut menegaskan bahawa amanah yang dipikul adalah besar namun yakin Grace Lee akan menunaikan tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat.


"Kami akan terus menyokong usaha Yang Berhormat dalam memperkukuh pembangunan inklusif, progresif dan berdaya saing untuk seluruh Sabah. Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah," kata kenyataan itu.


Grace Lee secara rasmi mengangkat sumpah sebagai ADUN dilantik pada Khamis.


Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menyatakan komitmennya untuk memastikan komuniti yang diwakilinya menerima pembelaan, pembangunan dan perhatian yang sewajarnya.


Beliau turut menegaskan tekad untuk terus bekerjasama rapat dengan rakan pimpinan, agensi kerajaan serta masyarakat setempat bagi memastikan Kota Kinabalu kekal sebagai sebuah kota yang progresif, inklusif dan menjadi kebanggaan seluruh Sabah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page