top of page

Wanita KEADILAN Tanjung Piai edar pelitup muka

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 28, 2020
  • 1 min read


Wanita KEADILAN Tanjung Piai, Johor menganjurkan aktiviti edaran pelitup muka percuma dan pengedaran risalah kesedaran penyakit kanser baru-baru ini.


Aktiviti tersebut dilakukan di beberapa tempat termasuk di perkarangan rasar raya di pekan Tanjung Piai.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis Maharan, pengedaran risalah kanser mendapat sambutan positif masyarakat setempat.


"Maklum balas baik diterima oleh masyarakat setempat, terutamanya kaum wanita. Ada yang belum mengetahui betapa pentingnya kesedaran mengelak penyakit ini.


"Ziarah kasih di Parit Rambai, Tanjung Piai pula bersama Ketua Wanita Tanjung Piai, Puan Nana, turut mengiringi Ketua Cabang KEADILAN Tanjung Piai," katanya dalam satu kenyataan.


Selain mengedarkan pelitup muka dan risalah Wanita KEADILAN juga mengedarkan bantuan barangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan di Parit Rambai.


Pengedaran bantuan itu dilakukan dengan kerjasama ketua kampung setempat dan team KEADILAN Tanjung Piai.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page