top of page

Wanita KEADILAN sokong padu Datin Rufinah bertanding 14 penjuru

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

Pimpinan  Wanita KEADILAN: Norhidayah (dua dari kanan), Fadhlina, Datin Rufinah dan Juwairiya
Pimpinan Wanita KEADILAN: Norhidayah (dua dari kanan), Fadhlina, Datin Rufinah dan Juwairiya

Proses penamaan calon bagi DUN N44 Tulid pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran pimpinan tertinggi Wanita KEADILAN Pusat yang memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datin Rufinah Pengeran.


Ketua Srikandi KEADILAN, Nurhidayah Che Rose dari kenyataan di media sosialnya berkata, Wanita KEADILAN hadir di sekitar Dewan Terbuka Nabawan sejak awal pagi mengiringi dan memberi semangat kepada Rufinah yang juga Ketua Wanita KEADILAN Sabah.


"Hadir ke Penamaan Calon N44 DUN Tulid bagi memberikan sokongan kepada Datin Rufinah Pengeran, calon Pakatan Harapan di Dewan Terbuka Nabawan," menurut kenyataan tersebut.


Datin Rufinah Pengeran turut menarik perhatian apabila menerima nombor 4 daripada 14 calon yang bertanding di kerusi berkenaan, menjadikan Tulid antara DUN paling ramai calon dalam PRN kali ini.


Turut hadir dalam perarakan ialah Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlia Sidek, Timbalan Ketua Wanita, Juwairiya Zulkifli dan pimpinan Wanita KEADILAN Sabah.


Kehadiran pimpinan sayap wanita parti itu menggambarkan komitmen berterusan KEADILAN dalam memperkukuh penyertaan dan kepimpinan wanita dalam politik Sabah, khususnya di kawasan pedalaman seperti Tulid.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page