top of page

Wanita KEADILAN sertai Kepung Demi Palestin bermula malam ini



Oleh: Noraini Nordin


Wanita KEADILAN tidak pernah melupakan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman serangan Israel.


Sebagai tanda solidariti yang tiada noktahnya terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin Wanita KEADILAN Pusat akan turut mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dinamakan 'Kepung Demi Palestin’ selama enam malam di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur yang bermula malam ini.

Datin Faizah Ariffin

Setakat ini, beberapa pimpinan Wanita KEADILAN Pusat telah menyatakan persetujuan untuk turun pada malam pertama ini di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat , Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat yang akan menyertai himpunan malam ini ialah Naib Ketua Wanita - Datin Faizah Ariffin


Pengarah Komunikasi merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita Pusat, Noraini Nordin, Pengerusi Biro Mobilisasi Idawatie Pariman dan Ketua Biro Pemantapan Agama Mahani Abdul Moin.

Noraini Nordin

Seterusnya pada malam-malam berikutnya, Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat akan mengambil bahagian secara bergilir sebagai tanda tidak mahu ketinggalan dalam memberi sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk merdeka.


Perhimpunan aman ini akan diadakan selama enam malam berturut-turut sebagai bantahan terhadap tindakan AS yang berterusan menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj usaha perdamaian di Palestin.

Idawatie Pariman

Mengikut perancangan, perhimpunan akan diadakan secara aman dengan peserta akan tinggal di khemah yang disediakan sepanjang tempoh enam malam itu.


Meskipun acara bantahan hanya akan diadakan pada sebelah malam, tetapi sebahagian peserta akan terus menetap di dalam khemah di depan Kedutaan AS sepanjang tempoh enam hari tersebut.


Selain itu, pelbagai acara sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin akan diadakan seperti ucapan, bacaan puisi, mengibar bendera dan sebagainya.


Suatu himpunan mega juga dirancang untuk diadakan sebagai 'grand finale' pada malam 31 Disember sebagai acara penutup.

Mahani Abdul Moin

Perhimpunan ‘Kepung Demi Palestin’ ini adalah anjuran Sekretariat Solidariti Palestin yang merangkumi sejumlah aktivis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiwa dan juga parti-parti politik.


Sehingga kini lebih 50 NGO termasuk parti-parti politik telah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ini.


Antaranya yang terlibat ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Sisters in Islam (SIS), Bersih, Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia, gerakana-gerakan mahasiswa, Wanita KEADILAN, Amanah, DAP, UMNO, Bersatu, Pas, Muda, PSM serta Pejuang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page