top of page

Wanita KEADILAN Selangor ikrar taat setia bersama parti





Wanita KEADILAN Selangor berikrar akan terus taat setia kepada parti dalam melaksanakan perjuangan Reformasi membela rakyat.


Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ADUN Wanita KEADILAN dan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Selangor hari ini, bahawa keputusan Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Dr Daroyah Alwi meninggalkan parti tidak akan menjejaskan pergerakan wanita itu dalam meneruskan agenda pentadbiran Kerajaan Negeri.


"Wanita KEADILAN Selangor mengambil maklum keputusan Dr Daroyah Alwi meninggalkan KEADILAN sebentar tadi.


"Keputusan itu sudah pun dijangka lebih awal dan kami telah bersiap sedia untuk meneruskan agenda reformasi seterusnya mempertahankan kerajaan negeri.


"Wanita KEADILAN akan terus mara sebagai satu sayap bagi mendepani semua isu wanita dan mengangkat martabatnya selaras dengan semangat yang sama sejak era Reformasi," kata kenyataan tersebut.


Kesemua ADUN dan Majlis Pimpinan Wanita serta Ketua Cabang Wanita Selangor juga menzahirkan taat setia terhadap kepimpinan presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan negeri yang diterajui Datuk Seri Amiruddin Shari.


"Pemimpin datang dan pergi namun matlamat tidak akan pernah goyang. Malah pimpinan sedia ada mempunyai kualiti dan kepimpinan yang teguh untuk terus memacu sayap wanita kehadapan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Amiruddin Shari di peringkat Pusat dan juga Negeri.


"Kami ADUN Wanita KEADILAN dan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Negeri Selangor termasuk 18 Ketua Wanita Cabang berikrar untuk terus kekal setia bersama KEADILAN," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ADUN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli; ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail; ADUN Permatang Rozana Zainal Abidin; Timbalan Ketua Wanita Selangor Sangetha Jayakumar berserta Ketua-ketua Wanita Cabang Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selayang, Pandan, Hulu Langat,Bangi, Puchong, Petaling Jaya, Damansara, Sungai Buloh, Shah Alam, Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sepang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page