top of page

Wanita KEADILAN sambut baik Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor



Kerajaan Selangor telah melaksanakan beberapa pakej ransangan ekonomi sepanjang tempoh pandemik Covid 19 dengan pelbagai inisiatif yang amat membantu rakyat.


Bagi Wanita KEADILAN Selangor, Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada 13 Julai lalu merupakan pakej pelengkap pasca Covid 19 yang akan memastikan ekonomi pulih sepenuhnya.


Menurut Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Selangor, Siti Nooraishah Geoffrey, beberapa inisiatif yang dibentangkan mampu memberi sumbangan terbaik kepada keperluan ekonomi rakyat, terutama golongan wanita. Di antara inisiatif tersebut ialah E-Kitchen, Data Internet Selangor, Selangor Kerjaya serta Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE).


"Melalui Selangor E-Kitchen golongan wanita berpeluang melakukan perniagaan dalam talian tanpa perlu mengabaikan kualiti masa bersama keluarga.


"Inisiatif ini turut memudahkan usahawan wanita yang baru bermula dengan melepaskan mereka dari beban logistik seperti penyewaan premis dan keperluan pengangkutan.


"Ini turut disokong dengan Inisiatif Data Internet Selangor yang akan memberi manfaat kepada sebahagian besar pengguna yang terdiri daripada golongan pelajar luar bandar, guru-guru dan usahawan wanita.


"Melalui Selangor Kerjaya dan RIDE pula, golongan wanita muda di Selangor boleh menambah kemahiran dan kebolehpasaran mereka dalam bidang yang berkaitan," kata Aishah dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, katanya, Wanita KEADILAN Selangor mahu melihat pelan pemulihan ekonomi ini berjalan lancar dan disertai oleh golongan wanita di Selangor yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan sejak 4 bulan lalu.


"Justeru,dalam usaha membingkas rakyat melalui ekonomi dan memacu kesejahteraan, Wanita KEADILAN Selangor menghargai usaha Datuk Seri Amirudin dan Kerajaan Selangor yang tidak meminggirkan peranan wanita untuk turut menjadi penyumbang kepada ekonomi keluarga," katanya lagi.


Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan pakej pemulihan ekonomi dengan jumlah peruntukan RM55.85 bilion meliputi 3 tonggak. Iaitu Jaminan Bekalan Makanan, Kemampanan Ekonomi dan Pembangunan Keupayaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page