top of page

Wanita KEADILAN perlu lebih aktif promosi Malaysia Madani



Oleh: Noraini Nordin


Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli berkata, sesuai dengan tema Kongres Nasional KEADILAN 2023 kali ini bertema - Memaknai Reformasi, Menjulang Madani - ianya tidak cukup jika sekadar hanya ditutur dan dibahas di dalam dewan sahaja.


Sebaliknya, kata beliau, cogankata itu harus diterjemah kepada tindakan dan dasar di setiap peringkat masyarakat.


"Reformasi harus diterjemah dengan lebih jelas dan meyakinkan.


"Reformasi untuk membina negara bangsa yang makmur dan madani harus dizahirkan dengan lebih mendasar ke akar umbi agar ia dirasai oleh segenap lapisan masyarakat," ujar beliau ketika berucap pada penggulungan Kongres Nasional Tahunan Wanita kali ke 17, di PICC, Putrajaya, Sabtu lalu.


Dalam proses itu menurut Juwairiya lagi, Wanita KEADILAN harus bertindak sebagai tunjang menyokong perjuangan dan menjadi sebahagian daripada rakan kongsi bagi menjayakan agenda reformasi.


Ujar beliau lagi, wanita perlu sentiasa bersedia bekerja dengan lebih efisyen dan tangkas dalam menangkis fitnah serta cabaran oleh pihak musuh yang dilihat cukup gemar melemparkan fitnah, adu domba, melahirkan sifat benci dalam kalangan masyarakat terhadap Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Juwairiya turut menyarankan Wanita KEADILAN untuk lebih aktif menggerakkan masyarakat dengan aktiviti dan program-program penerangan menjelaskan maksud serta hasrat Malaysia Madani.


"Pelbagai inisiatif dan program rakyat telah diumumkan khusus bagi golongan berpendapatan rendah, demi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup mereka," katanya lagi.


Sehubungan itu, beliau menyeru wanita hebat di luar sana untuk bersama-sama dengan KEADILAN bagi memperkukuh Kerajaan Perpaduan dan mengangkat martabat wanita.


Tegas beliau lagi, mereka harus bersama dengan KEADILAN kerana ia merupakan sebuah parti yang membuka ruang dan peluang kepada semua, baik anak muda, mahasiswa, wanita bekerjaya mahupun aktivis yang cintakan keadilan dan perpaduan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page