
Pembelaan ke atas wanita dan kanak kanak yang kurang diberi perhatian oleh kerajaan BN - PN harus dijadikan naratif utama kempen wanita KEADILAN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Hal itu ditegaskan oleh Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek dalam Himpunan Wanita KEADILAN di Pulau Pinang, petang semalam.
"Sepanjang tahun kita lihat banyk isu yang berlaku dan puan puan aktif di media sosial. Banyak perkara kita harus beri perhatian serius.
"Apabila ada Menteri yang menawarkan universiti wanita. Isunya bukan universiti wanita tetapi isu pengangguran yang berlaku dalam kalangan siswazah wanita.
"Siswazah wanita adalah paling ramai, iaitu 54.2% yang ketika ini menganggur. Sama juga isu lain, termasuk isu kemiskinan ketua isi rumah wanita, isu terkait penderaan kanak kanak dan keganasan rumah tangga
"Dua bulan lepas di rumah perlindungan saya seorang kanak kanak 12 tahun melahirkan anak. Umur ini sepatutnya masih di sekolah dan masih memerlukan perhatian kita, tetapi kanak kanak ini mengandung dan lahirkan anak luar nikah.
"Keganasan rumahtangga pula telah capai tahap sangat membimbangkan. Dulu dipukul secara fizikal dan ditekan emosi tetapi kebelakangan ini banyak wanita mati di tangan pasangan sendiri. Isu keganasan ini perukan perhatian serius dari Wanita KEADILAN," katanya.
Oleh itu, Fadhlina mahu Wanita KEADILAN berusaha keras dalam PRU akan datang menyedarkan kaum wanita perlunya mengundi Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan negara mendapat kerajaan yang lebih baik.
"Dalam beg yang puan puan dapat kita bekalkan pelbagai buku polisi terbaik yang kita dapat di Pulau Pinang, khususnya polisi berhubung kanak kanak dan beberapa sumbangan terkait polisi dari Selangor dan sebagainya. Khusus yang ingin mengetahui lebih lanjut (menjadikan bahan kempen) dan mengetahui komitmen (kerajaan negeri PH berkaitan) isu wanita dan kanak kanak.
"Pada PRU ini undi puan puan akan tentukan sama ada membantu menghindarkan wanita daripada mati di tangan pasangan masing masing. Juga undi itu akan menentukan berapa ramai kanak kanak akan dilaporkan kejadian dera ke atas mereka.
"Undi wanita turut akan menentukan hala tuju negara, isu ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya," kata Fadhlina lagi.
Sebelum itu, beliau menerangkan gerak kerja Wanita KEADILAN di bawah kepimpinan beliau yang bergerak dalam konsep LAWA, BANGKIT dan ASAK.
LAWA adalah laskar Wanita KEADILAN yang akan membangkitkan isu di tengah masyarakat dan kemudian diterjemahkan melalui kekuatan ASAK.
댓글