top of page

Wanita KEADILAN Perak santuni mangsa banjir Behrang Ulu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 19
  • 1 min read
Wanita KEADILAN Tanjong Malim menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Behrang Ulu
Wanita KEADILAN Tanjong Malim menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Behrang Ulu

Wanita KEADILAN Tanjong Malim bersolidariti bersama mangsa terjejas banjir sekitar Daerah Muallim.


Menerusi satu perkongsian, mereka memaklumkan telah hadir menyantuni penduduk Kampung Batu 7, Sungai Sekiah dekat Behrang Ulu yang terkesan dengan bencana tersebut pada Rabu.


"Wanita KEADILAN Tanjong Malim mewakili Wanita KEADILAN Perak, menyampaikan sumbangan berupa tilam, lapik tidur, selimut dan bantal sebanyak 30 set kepada mangsa banjir.


"Sumbangan adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek bersama Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat.

Untuk rekod, Kampung Sungai Sekiah bersama tiga kampung lain di sekitar Behrang Ulu terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat pada awal pagi 15 September lalu.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim dalam satu hantaran sebelum ini memaklumkan, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan keselamatan, pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan yang turun membantu sejak awal lagi.


Sementara itu Wanita KEADILAN berkata, kehadiran mereka menyantuni penduduk bagi menggambarkan semangat “Wanita KEADILAN Prihatin” yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat khususnya ketika dilanda musibah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page