top of page

Wanita KEADILAN Pahang Santuni Mangsa Banjir di Kuantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 19, 2025
  • 1 min read

Farahida turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Jaya Gading
Farahida turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Jaya Gading

Wanita KEADILAN Pahang turun padang bagi menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Jaya Gading dan PPS Sekolah Agama Sri Damai di Kuantan pada Rabu.


Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Negeri Pahang, Farahida Fauzi, berkata kunjungan itu sebagai tanda solidariti bersama rakyat terjejas selain menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa.


"Paling menyentuh hati apabila melihat anak-anak kecil di PPS. Kami meraikan mereka dengan pemberian ‘goodies’ berisi makanan dan buku mewarna supaya mereka ada ruang kecil untuk mengisi masa dan mengurangkan tekanan.


"Ramai penduduk memaklumkan rumah mereka terjejas teruk akibat banjir, namun mereka terus tabah dan memanjatkan doa agar keadaan segera pulih. Ketabahan mereka benar-benar mengajar kita erti syukur dan sabar," katanya.


Hujan berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa daerah di Pahang dinaiki air dengan Kuantan dilapor sebagai daerah paling teruk terjejas.

Setakat petang semalam, seramai 10,956 orang daripada 3,635 keluarga di 78 PPS dengan 8,748 mangsa ditempatkan di 43 PPS di Kuantan.


Dalam lawatan tersebut, Farahida turut menyampaikan salam dan ingatan kasih daripada Ketua Wanita KEADILAN Pusat merangkap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, kepada semua mangsa banjir.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para penyumbang atas sumbangan yang disalurkan.


"Amanah anda telah disampaikan kepada para penerima. Terima kasih kerana terus bersama rakyat ketika mereka paling memerlukan," katanya yang turut semua mangsa diberikan kekuatan menghadapi ujian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page