top of page

Wanita KEADILAN Pahang anjur program PADU sahut usaha kerajaan.



Oleh: Abdullah Zaid


Bagi menyahut usaha Kerajaan Madani, Wanita KEADILAN Pahang melakukan sesi penerangan dan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU), baru-baru ini.


Ketua Wanitanya, Haslindalina Hashim (gambar, kiri sekali) berkata, usaha itu dimulakan dalam kalangan pemimpin-pemimpin komuniti di Parlimen Paya Besar sebelum digerakkan ke seluruh negeri Pahang.


Tambah beliau lagi, program penerangan tentang inisiatif-inisiatif dan bantuan kerajaan turut disertakan di dalam program itu.


"Ianya dikendalikan oleh Ketua Biro Ekonomi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Pahang, Fakhrul Anuar Zulkawi.


"Beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang telah berkongsi tentang pendaftaran e-kasih dan geran-geran bantuan kerajaan berkaitan pertanian dan keusahawanan," katanya dalam satu kenyataan.


Pada masa sama, Pejabat Ketua Wanita Negeri juga turut membuat kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) bagi latihan-latihan pengupayaan wanita dan ibu tunggal.


Program merangkumi latihan-latihan kemahiran dan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah terutama para wanita di negeri Pahang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page