top of page

Wanita KEADILAN P Pinang sokong Nurul Izzah calon Naib Presiden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 19
  • 1 min read

Nurul Izzah (dua dari kanan) dengan gaya kepimpinan tersendiri merupakan pemimpin pelapis KEADILAN
Nurul Izzah (dua dari kanan) dengan gaya kepimpinan tersendiri merupakan pemimpin pelapis KEADILAN

Oleh: Akmal Manaf


Sayap Wanita KEADILAN Pulau Pinang menzahirkan sokongan penuh terhadap Nurul Izzah Anwar yang bakal bertanding sebagai Naib Presiden KEADILAN pada pemilihan parti Mei ini.


Menerusi satu kenyataan, Wanita KEADILAN menyifatkan kepimpinan Nurul Izzah yang berwawasan dan penuh dedikasi, merupakan elemen yang sangat penting dalam memperkukuhkan lagi KEADILAN sebagai parti memperjuangkan hak dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.


''Saudari Nurul Izzah telah terbukti sebagai seorang pemimpin yang tidak hanya berprinsip, tetapi juga mempunyai komitmen yang tinggi terhadap prinsip reformasi, keterbukaan dan inklusiviti.


''Keberaniannya dalam memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan sosial, serta pembangunan negara adalah cerminan semangat perjuangan yang ada dalam diri beliau.


''Sebagai Puteri Reformasi, beliau telah menunjukkan keteguhan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran, dan kami percaya beliau mampu untuk terus membawa suara rakyat dan wanita khususnya ke arah yang lebih baik,'' kata mereka dalam kenyataan itu.


Menurut Wanita KEADILAN lagi, sokongan yang diberikan itu merupakan manifesto hasil kepercayaan sayap itu terhadap Nurul Izzah yang dilihat mampu untuk memperkasakan suara KEADILAN di peringkat nasional, dan kesaksamaan untuk semua.


''Kami berjanji untuk terus bekerja keras dalam memperkukuhkan organisasi dan menyokong setiap langkah yang diambil oleh kepimpinan parti, terutamanya dalam memastikan calon-calon yang terbaik dapat menerajui KEADILAN ke arah kejayaan yang lebih gemilang,'' ujarnya.


Pada 26 Januari lalu, KEADILAN memutuskan pemilihan bagi jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Pusat (MPAMKP) diadakan pada 24 Mei ini.


Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page