top of page

Wanita KEADILAN lantik Ketua Wanita Negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 2, 2022
  • 1 min read

ree

Wanita KEADILAN Malaysia melengkapkan pimpinan peringkat negeri dengan melantik Ketua ketua Wanita Negeri.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Senator Fadhlina Sidek berkata lantikan tersebut dibuat dengan semangat musyawarah dan mengambil kira pandangan Wanita KEADILAN peringkat Cabang.


"Wanita KEADILAN terus melangkah memperkukuh struktur kepimpinan di segenap peringkat. Keyakinan kami adalah kekuatan Cabang dan negeri yang menjadi sumber kekuatan di peringkat pusat.


"Keputusan ini selaras dengan semangat musyawarah pasca konsultansi dan perbincangan komprehensif dalam jelajah di peringkat negeri-negeri," katanya.


Fadhlina turut mengucapkan selamat bertugas dan selamat memimpin Wanita KEADILAN menuju persaingan Pilihan Raya Umum ke 15.



Senarai Ketua-ketua Wanita KEADILAN Negeri adalah seperti berikut:


Perlis: Hasimah Hashim


Pulau Pinang: Nurhidayah Che Rose


Kedah: Datin Sabrina Ahmad


Perak: Norhayati Sani


Wilayah Persekutuan: Rohani Hussin


Selangor: YB Rozana Zainal Abidin


Pahang: Haslindalina Hashim


Kelantan: Nor Azmiza Mamat


Terengganu: Datin Faizah Ariffin


Melaka: YB Rusnah Aluai


Negeri Sembilan: Noorzunita Begum Mohd Ibrahim


Johor: Zuraidah Zainab Md Zain


Sabah: Noriha Yakup


Sarawak: Victoria Musa

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page