top of page

Wanita KEADILAN akan lancar Kempen Komuniti Waspada tangani Covid 19



Kecewa dengan kelembapan kerajaan Perikatan Nasional menangani jangkitan wabak Covid 19, Wanita KEADILAN dalam masa terdekat akan melancarkan kempen Komuniti Waspada bagi memberi kesedaran kepada rakyat bertujuan melindungi mereka daripada ancaman wabak.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, hal itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) secara aplikasi zoom yang dipengerusikan Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, semalam.


Katanya, dalam mesyuarat itu Wanita KEADILAN berpendapat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa bermula 13 Januari lalu telah gagal dan negara sedang bergerak ke arah gelombang yang amat menakutkan dengan kenaikan mendadak empat angka kes positif harian sejak 29 Januari 2021.


"Bagi kami jika kerajaan sudah tidak mampu menjaga rakyat eloklah berundur dengan cara terhormat. Dengan kudrat yang ada ditangan, kami merasakan sudah tiba masanya memperluaskan jaringan sinergi demi kesejahteraan komuniti.


"Kisah suka-duka masyarakat, kehidupan sosial yang tempang, institusi keluarga yang berantakan, keganasan rumahtangga, penderaan anak-anak dan pelbagai kemudaratan kini menjadi hidangan berita harian yang membimbangkan.


"Justeru, bagi meningkatkan kualiti hidup, keselamatan awam dan partisipasi komuniti untuk kesejahteraan masyarakat, MPWP memutuskan pelaksanaan Model Pembangunan Komuniti yang dikenali sebagai “Komuniti Waspada@ Community Alert” akan dilancarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN tidak lama lagi. 


"Model Pembangunan Komuniti ini akan disusun dan digerakkan oleh Wanita KEADILAN di seluruh negara sebagai sebuah ekosistem sokongan dalam masyarakat," kata Ker Chean dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, program komuniti waspada itu juga selaras dengan usaha mengarusperdanakan kesaksamaan gender.


Katanya, Wanita KEADILAN akan ke hadapan meneruskan advokasi polisi berkaitan gender terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan iaitu Selangor dan Negeri Sembilan, mencontohi Pulau Pinang yang jauh terkehadapan dalam hal tersebut.


"Seluruh ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) berdoa agar kita terus kuat mengharungi cabaran pendemik ini dan mengajak seluruh rakyat Malaysia agar terus mematuhi SOP,  menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing. Bersama-sama kita menjadi pemutus bukan pencetus (gelombang Covid)," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page