top of page

Wanita KEADILAN Kuantan giatkan bidang keusahawanan jahitan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 7
  • 1 min read

Bidang jahitan mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya diusahakan secara bersungguh sungguh
Bidang jahitan mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya diusahakan secara bersungguh sungguh

Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri, terus giat memperkasa wanita melalui bidang keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan keluarga, khususnya golongan miskin dan miskin tegar.


Menerusi program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), NGO yang dipimpinnya, Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) sekali lagi dipilih untuk mengendalikan program tersebut pada tahun 2025.


Seramai 35 wanita terpilih menyertai program Pemerkasaan Ekonomi Menerusi Aktiviti Jahitan yang bermula sejak Februari lalu. Mereka diberi latihan intensif selama seminggu di Kuantan sebelum menerima mesin jahit industri untuk memulakan aktiviti menjana pendapatan dari rumah masing-masing.


"Program PEKB ini telah berjaya membantu para wanita yang kebanyakannya sebelum ini adalah suri rumah untuk menjana pendapatan tambahan.

Peserta PEKB berjaya dalam jahitan
Peserta PEKB berjaya dalam jahitan

"Pendapatan yang dijana untuk keluarga ada yang menjangkau belasan ribu ringgit sebulan hasil daripada program ini dan sejajar dengan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam usaha membasmi kemiskinan tegar di negara ini, dan mengeluarkan peserta daripada data kemiskinan e-kasih negara," kata Sridayu dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu, selain latihan dan mesin jahit peserta turut menerima pemantauan enam bulan di rumah masing-masing oleh pasukan WINK bagi memastikan kelangsungan projek serta memberi bimbingan berterusan.


"Walau bagaimanapun projek ini juga mempunyai cabaran dan ruang penambahbaikan.


"Namun usaha yang berterusan Kerajaan Madani hari ini mampu memberikan impak ekonomi yang lebih maju untuk keluarga-keluarga miskin ini," jelas Sridayu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page