top of page

Wanita KEADILAN Kuala Langat kekal utuh teruskan agenda bela rakyat



Wanita KEADILAN Kuala Langat berikrar akan kekal utuh bersama parti meneruskan agenda reformasi dan membela rakyat.


Pemangku Ketua Wanita Cabang KEADILAN Kuala Langat, Thanaletchumy Muthusamy berkata, pemergian Ketua Cabang Dr Xavier Jayakumar tidak akan menjejaskan sayap wanita cabang itu.


"Kami selaku pimpinan Wanita KEADILAN Kuala Langat yang masih kekal setia bersama parti ingin menegaskan bahawasanya Wanita KEADILAN Cabang Kuala Langat kekal utuh untuk meneruskan agenda membela nasib rakyat selari dengan idealisme perjuangan KEADILAN.


"Wanita KEADILAN Kuala Langat juga menzahirkan ikrar taat setia dan sokongan penuh kepada parti dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden dan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana individu yang berkait rapat dengan Kerajaan Perikatan Nasional.

"Kami bertekad untuk terus mempertahankan mandat rakyat pada PRU 14 yang lalu dan tetap akan berdiri teguh demi parti dan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.


Exco Wanita Majlis Pimpinan Wanita Negeri KEADILAN Selangor itu turut mengecam amalan kerajaan Perikatan Nasional yang menekan, mengugut atau memberi ganjaran kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk melompat.


"Kami juga mengecam sekeras-kerasnya kaedah kerajaan minoriti Perikatan Nasional dalam menambah sokongan.


"Pelbagai dakwaan yang sudah timbul sebelum ini melibatkan pemeras ugutan dan tawaran wang. Ini adalah kaedah yang sangat dikecam dalam keadaan negara mendepani perkara yang lebih penting iaitu isu ekonomi rakyat dan Covid 19," katanya lagi.


Menurut Thanaletchumy lagi, sokongan yang kuat dan padu daripada akar umbi akan memastikan Wanita KEADILAN Kuala Langat tetap akan mara ke hadapan untuk mendapat tempat pada PRU-15 akan datang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page