top of page

Wanita KEADILAN Johor santuni kaum India menjelang Deepavali

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 10, 2020
  • 1 min read


Menyedari Deepavali semakin hampir Wanita KEADILAN Johor melakukan inisiatif membantu keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan.


Baru-baru ini, Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis bersama Rozy Noraziah, Sah Rabena dan Anta Massu berkunjung ke flat berdekatan kawasan Tebrau untuk menghulurkan bahan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan.


"Wanita KEADILAN menyantuni masyarakat India dan memberi sumbangan berupa keperluan makanan asas dan bahan-bahan persiapan masakan tradisi untuk menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.


"Masyarakat sedia maklum, Parti Keadilan Rakyat suatu parti yang terdiri dari pelbagai kaum. Dengan itu kami menyahut semangat sebagai rakyat Malaysia turut sama membantu tidak mengira bangsa dan agama," katanya.


Siri bantuan Deepaavali telah digerakkan oleh KEADILAN Johor sejak dua minggu lalu di pelbagai kawasan bagi memastikan masyarakat India tidak ketinggalan dibantu sewaktu pandemik Covid 19 melanda.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page