top of page

Wanita KEADILAN hantar konvoi bantuan banjir ke Kelantan Sabtu ini





Oleh: Helmi Mohd Foad


Wanita KEADILAN Pusat akan memulakan penghantaran bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pada Sabtu ini, kata Pengarah Komunikasinya, Noraini Nordin.

Konvoi pertama misi bantuaan itu yang merangkumi beberapa kenderaan pacuan empat roda dan lori dijadual memulakan perjalanan ke Pantai Timur seawal pagi Sabtu berkenaan.


Misi tersebut dijadual dilepaskan oleh Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek pada pukul 5.30 petang esok di kediaman rasminya di Presint 10, Putrajaya yang dijadikan sebagai pusat pengumpulan barangan bantuan tersebut.


"Pelepasan konvoi akan diiringi dengan bacaan doa selamat agar perjalanan misi bantuan tersebut sempurna dengan jayanya," katanya yang juga Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat kepada Suara Keadilan.


Jelas Noraini sejak usaha mengumpulkan barangan keperluan untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur digerakkan pada 31 Disember lalu oleh Wanita KEADILAN Pusat, sejumlah barang keperluan telah berjaya dikumpulkan.


Antaranya ialah beras, bakul makanan, tuala wanita, lampin pakai buang, telekung, sejadah dan sebagainya.


"Pusat pengumpulan yang bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Pendidikan akan sentiasa dibuka untul menerima sumbangan sehingga 5 Januari 2024," katanya.


Terdahulu Wanita KEADILAN dalam hantaran di Facebook menguar-uarkan rayuan bagi pengumpulan barangan yang dapat disumbangkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.


Antara barangan yang diperlukan adalah barangan bayi seperti lampin pakai buang, susu bayi dan botol susu; pakaian wanita seperti baju, tudung, kain batik, seluar, pad, pakaian dalam, telekung dan sejadah.


Sementara itu, bagi pakaian lelaki seperti kain pelikat, baju-T dan seluar selain pek kesihatan seperti alat ujian Covid-19 dan alat kebersihan.


Selain itu, sumbangan makanan sedia dimakan dan bakul makanan kering turut diperlukan.


Sebarang maklumat mengenai sumbangan bantuan itu boleh diajukan ke talian 012-806 9677 (Farzana) dan 013 308 4064 (Anuar).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page