Wanita KEADILAN hantar 6 nama calon PRN Sarawak



Wanita KEADILAN menghantar 6 nama calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.


Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodzial Ismail berkata, 6 nama itu adalah berdasarkan kuota wanita daripada kira kira 30 kerusi DUN yang akan dipertandingkan KEADILAN kali ini.


"Saya dimaklumkan wanita KEADILAN untuk PRN ini telah menghantar 6 nama untuk dicalonkan, kuota wanita dari 30 kerusi yang dipertandingkan.


"Kita serahkan kepada Presiden untuk menentukan kerusi mana, dan kali ini kita mengharapkan ada dua calon berpotensi wanita yang (dijangka) akan menang di PRN," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut beliau, kempen yang tidak mudah dan mungkin menghadapi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang sama ketat sebagaimana di PRN Melaka mungkin menjejaskan mood PRN, namun katanya, KEADILAN telah bersedia berbekalkan pengalaman di Melaka bulan lalu.


"Apa pun kerja kuat mesti dilakukan. Sedikit pengalaman di PRN Melaka baru baru ini kita harap boleh perbaiki dan meningkatkan lagi kempen kita di Sarawak


"Bukan mudah, tetapi kita terus lawan," katanya lagi.


PRN Sarawak akan melalui proses penamaan calon pada 6 November ini dan seterusnya pengundian pada 18 November.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211