top of page

Wanita KEADILAN bantah tarian berunsur seksual dalam sambutan Hari Gawai



Tarian berunsur menghairahkan dan mengeksploitasi golongan wanita tidak wajar dipersembahkan pada majlis perayaan Hari Gawai.


Wanita KEADILAN Sarawak membantah keras persembahan tarian berunsur seksual pada majlis sambutan Hari Gawai yang dihadiri oleh pemimpin pemimpin parti pemerintah Sarawak di Sibu, kelmarin.


Menurut kenyataan Wanita KEADILAN, pihak pengajur dan Kerajaan Negeri seharusnya menghormati martabat wanita bukan merendahkan mereka sebagai objek seksual untuk menghibur penonton.


"Wanita KEADILAN Sarawak mengambil maklum sebuah video yang tular di media sosial bertarikh 11 Jun 2022 berdurasi hampir 3 minit memaparkan anak gadis menari berpakaian separuh bogel dengan gaya yang tidak sopan dan berunsur seksual di majlis tersebut.


"Wanita KEADILAN Sarawak terkilan dan membantah sekeras kerasnya keputusan pihak penganjur menyajikan persembahan sedemikan yang tiada kaitan dengan budaya Dayak itu.


"Tindakan pihak penganjur terbabit amat tidak menghormati kaum wanita kerana menjadikan mereka sebagai objek hiburan kaum lelaki," kata mereka dalam satu kenyataan.


Tegas Wanita KEADILAN Sarawak, majlis yang dianjurkan oleh Parti Demokratik Progresif DUN Bawang Assan dan PBB Zon Tengah yang dihadiri oleh YB Tiong Thai King Duta Khas Perdana Menteri Malaysia - China dan YB Annuar Rapaee, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak sepatutnya dihiasi tarian kebudayaan dan acara yang merapatkan hubungan antara kaum.


Wanita KEADILAN kesal kerana pemimpin Kerajaan Negeri yang hadir tidak menegur dan menghentikan tarian berunsur seksual tersebut.


"Kami kesal dengan tindakan penganjur yang tidak sensitif dengan budaya dan adat kaum Dayak, khususnya di Sarawak.


"Di mana kedua-dua jemputan kenamaan yang hadir adalah berasal dari Sarawak. Ini adalah satu penghinaan dan merendahkan martabah kaum hawa sekaligus mencemarkan tradisi adat komuniti Dayak dan menjadikan wanita objek seksual.


"Semua Ketua Wanita Cabang KEADILAN Sarawak sebulat suara menyeru penganjur dan pemimpin negeri ini untuk menghentikan objektifikasi terhadap wanita dan hentikan tarian berunsur seksual di acara rasmi perayaan Gawai atau pun perayaan lain," kata mereka.


Tambah Wanita KEADILAN, objektifikasi dan seksualisasi kanak-kanak perempuan serta wanita hanya akan mengundang tarikan negatif dan menjurus kepada keganasan terhadap wanita juga kanak-kanak perempuan.


Mereka menggesa agar peristiwa tersebut tidak berulang di mana mana bahagian Sarawak dalam menyambut sebarang pesta pada masa hadapan.


"Anak gadis harus ditampilkan dengan adab tatasula kesopanan sejajar dengan budaya Malaysia.


"Penganjur dan kerajaan GPS harus menghormati dan menjaga martabat wanita serta peka dengan sensitiviti perayaan. Juga menghormati adab dan tradisi kaum Dayak," kata mereka lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page