top of page

Wanita KEADILAN anjur latihan tingkat profesionalisme komunikasi digital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Latihan komunikasi digital Wanita KEADILAN tingkat profesionalisme jentera parti Wanita KEADILAN Malaysia terus memperkukuh kefahaman serta kecekapan jentera komunikasinya melalui Kursus dan Latihan: Etika, Protokol dan Grafik Digital Media yang diadakan pada Sabtu.


Kursus dikendalikan oleh Ketua Komunikasi Wanita KEADILAN Malaysia, Norhayati Umor (gambar), itu dijalankan secara dalam talian dan disertai lebih 100 pimpinan wanita peringkat pusat, negeri dan cabang.


Menurut Norhayati, latihan tersebut bukan sekadar memberi pendedahan kemahiran teknikal, tetapi juga menekankan tanggungjawab moral dan etika dalam komunikasi digital, pemahaman tatacara protokol rasmi serta kemahiran asas reka bentuk grafik yang kreatif dan berkesan.


"Latihan ini penting bagi memastikan mesej parti disampaikan dengan beretika, berhemah dan profesional, selaras dengan tuntutan komunikasi politik era digital," katanya kepada Suara KEADILAN.


Bekas wartawan dan penerbit digital di portal berita kerajaan Selangor itu turut menjelaskan, inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Wanita KEADILAN untuk memperkukuh kesiapsiagaan komunikasi parti terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).


Malah ia turut selari dengan visi Biro Komunikasi Wanita KEADILAN penggal ini yang menyasarkan pembentukan jentera komunikasi yang lebih tersusun, strategik dan responsif terhadap isu semasa.


"Setinggi-tinggi penghargaan Naib Ketua Wanita (1) KEADILAN Malaysia Puan Rozana Zainal Abidin yang turut menyertai dan menyampaikan amanat pada sesi tersebut.

"Kita mahu memastikan suara Wanita KEADILAN sampai ke setiap lapisan masyarakat dengan mesej yang jelas, inklusif dan progresif," tambah Norhayati.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page