Wanita bangkit mendepani cabaran - Wan Azizah


Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru semua wanita di seluruh negara supaya 'Bangkit Mendepani Cabaran' yang dijadikan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini.


Sebagai bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau menganggap wanita masih menghadapi cabaran ketidakadilan gender, satu isu lama yang masih belum diselesaikan sehingga ke hari ini, malah terpaksa menghadapi cabaran norma baharu.


"Bagi kebanyakan ibu bekerja, bertugas dari rumah disebabkan oleh wabak Covid-19 bermakna mengimbangi kerjaya, mengambil tahu hal suami yang bekerja dari rumah dan menjaga kanak-kanak yang belajar juga dari rumah.


"Suri rumah mestilah menyesuaikan diri dengan perubahan ini dengan maju bersama teknologi bagi membantu dan memantau anak-anak mereka.


"Wanita mencabar norma biasa demi membawa perubahan untuk yang lebih baik. Wanita juga berupa petugas barisan hadapan," katanya.


Pada masa sama, Wan Azizah berpandangan norma baharu juga telah memaksa wanita menghadapi cabaran kehidupan keluarga dan kerja bila mana wabak ini telah memisahkan mereka daripada yang tersayang.


"Ada juga wanita yang telah terkorban dalam memerangi wabak ini.


"Dalam kita meraikan wanita dan menghargai kejayaan mereka, jangan pula kita lupa meningkatkan kesedaran mengenai ketidakadilan yang berlaku terutamanya terhadap wanita.


"Ini termasuklah penderaan domestik pada saat norma baharu boleh menyebabkan kekecewaan, putus asa dan juga serangan terhadap kesihatan mental," katanya.


Justeru, Wan Azizah menegaskan bahawa kerajaan mestilah komited ke arah menggubal undang-undang yang mempertahankan wanita.


"Undang-undang ini telah digubal dan dibincangkan tetapi masih belum dibawa ke Parlimen untuk diluluskan, apa lagi untuk diamalkan.


"Marilah kita berjuang untuk wanita, yang juga merupakan sama ada ibu, isteri, kakak atau adik perempuan, anak perempuan mahupun sahabat kita. Kita pilih untuk mencabar dan membawa perubahan untuk dunia yang lebih inklusif dan lebih baik," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER