top of page

Wan Azizah masuk hospital, Anwar minta rakyat doakan yang terbaik


Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dilaporkan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak hari Selasa, 6 Sept lalu.


Perkara itu dimaklumkan oleh presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman akaun Facebook miliknya.


Namun, beliau menafikan kemasukan Wan Azizah di hospital adalah disebabkan wabak COVID-19.


"Azizah dirawat di PPUM sejak semalam. COVID-19 negatif.


"Pemeriksaan umum diteruskan. Doakan, insya-Allah," katanya ringkas.


Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengapa Wan Azizah dimasukkan ke hospital dan sama ada ia adalah atas masalah kesihatan lain.


Bekas timbalan perdana menteri itu cukup aktif sejak bulan lalu, apabila beliau turut serta berkempen untuk calon KEADILAN yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Beliau bagaimanapun pulang dari Kota Kinabalu seminggu lebih awal sebelum kerajaan mewajibkan ujian saringan COVID-19 yang bermula pada 27 Oktober dan kuarantin selama 14 hari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page