top of page

Walkabout Parlimen Sungai Petani dalami masalah peniaga

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 7, 2022
1 min read


Walkabout Parlimen Sungai Petani yang dinajurkan oleh Dr Muhammed Taufiq semalam menyelami masalah penduduk dan peniaga di sekitar parlimen berkenaan.


"Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani yang diketuai oleh Dr Muhammed Taufiq Johari (gambar, kanan) telah turun padang melakukan "walkabout" ke beberapa lokasi yang merangkumi pasar pagi Bandar Puteri Jaya serta Taman Bersatu, Bakar Arang.


"Peluang sebegini digunakan untuk bertanya khabar dan mendengar aduan secara terus daripada para peniaga dan orang ramai yang ditemui," kata kenyataan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani.


Menurut kenyataan itu lagi, peniaga terjejas teruk akibat kemuraman ekonomi kebelakangan ini apabila rakyat mula berjimat cermat ekoran kejatuhan nilai ringgit dan melambungnya inflasi.


"Di kalangan para peniaga, kebanyakan mereka merungut mengenai perniagaan yang terjejas ekoran kurangnya sambutan daripada pelanggan ditambah pula dengan masalah ekonomi yang menyebabkan orang ramai kurang berbelanja," kata kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page