Wakil rakyat perlu sempurnakan tugas, pelihara amanah rakyat
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Setiap wakil rakyat perlu menyempurnakan tugasnya terutama menjelang tahun pilihanraya apabila rakyat kembali ke peti undi untuk menilai prestasi wakil mereka.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young berkata, tugas wakil rakyat bukan sekadar membuat janji sebaliknya memastikan setiap aduan masyarakat ditangani sebelum masalah kecil bertukar menjadi kegagalan sistem yang menghakis kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan.
Beliau menjelaskan, keruntuhan sesuatu sistem lazimnya tidak berlaku secara mendadak sebaliknya bermula dengan masalah kecil yang dipandang remeh dan dibiarkan berlarutan oleh wakil rakyat.
"Lampu jalan rosak, longkang terbuka, kabel terdedah dan jalan yang dibiarkan tanpa pemantauan.
"Hari demi hari, bulan demi bulan sehingga rakyat mula bertanya tiada siapa yang melihat semua ini ke?
"Kajang (David Cheong) tidak hadir untuk memfitnah, untuk marah-marah, Kajang hadir untuk memperbaiki, menutup ruang ketirisan dan memastikan amanah rakyat terus dipelihara," katanya dalam satu kenyataan.
David Cheong menyimpulkan, ukuran sebenar sesebuah kerajaan bukanlah pada retorik atau janjinya, tetapi pada kesungguhan menterjemahkan amanah rakyat kepada penyelesaian yang nyata.
Katanya, selepas janji dikota dan perkhidmatan diberikan secara terbaik maka wakil rakyat mudah untuk dinilai oleh rakyat dalam pilihanraya.




Comments