top of page

Wakil Ahli Parlimen Sungai Petani lawat mangsa kebakaran



Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani kelmarin bergegas melawat mangsa kebakaran di Pekan Kota Kuala Muda, Kedah yang telah memusnahkan deretan kedai dan turut mengorbankan 3 nyawa.


Pasukan itu yang diketuai Afiq Hazwan, pegawai khas Ahli Parlimen Sungai Petani telah tiba ke lokasi kejadian pada pagi Isnin lalu.


"Ketika pihak kami tiba di kawasan kejadian, mayat mangsa ketiga baru sahaja ditemui setelah mayat pertama dan kedua masing-masing ditemui kira-kira jam 3 dan 6 pagi.


"Dilaporkan 3 orang mangsa terdiri daripada satu keluarga masing-masing seorang lelaki, wanita serta warga emas meninggal dunia akibat rentung dalam kejadian kebakaran tersebut.


"Ketiga-tiga mereka terperangkap serta gagal untuk menyelamatkan diri," kata kenyataan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani.


Pegawai khas Afiq Hazwan (baju biru) sedang mengusahakan panggilan video antara mangsa dan MP Sungai Petani

Kejadian kebakaran yang terjadi kira-kira jam 1 pagi itu dilapor membabitkan 7 buah unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Sungai Emas berhampiran Pekan Kota Kuala Muda.


Pihak Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani dimaklumkan kebakaran bermula dari sebuah kedai pakaian sebelum merebak ke premis-premis yang lain.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari yang sedang menghadiri sidang Parlimen di Dewan Rakyat telah turut sama meluangkan masa mengadakan sesi panggilan video dengan keluarga mangsa serta pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mengetahui dan mengambil maklum beberapa hal serta maklumat berkaitan kejadian kebakaran tersebut.


Beliau mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan berjanji akan melawat ke lokasi apabila pulang ke Kedah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page