top of page

Wajibkan pemasangan CCTV kurang risiko penderaan di taska - KPM



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan mewajibkan pengusaha taska membuat pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak di premis jagaan.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (GPS-Santubong) berkata, peraturan berkaitan CCTV itu tidak merangkumi kawasan tertentu seperti tempat privasi bilik air dan tempat persalinan pakaian.


"Selain daripada itu kita perlu memastikan tiada titik buta dalam liputan CCTV kecuali di tempat-tempat privasi seperti bilik air dan tempat persalinan pakaian.


"Ini akan dimulakan di 43 daerah yang dikenalpasti sebagai kawasan berisiko dan kita akan laksanakan tahun ini juga selain peraturan dan garis panduan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) diperketat di taska," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai langkah kementerian untuk mengurangkan kes-kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat di Malaysia.


Sementara itu, Nancy berkata, tiga agensi akan terlibat bagi mengkaji cadangan memperketat dan mewajibkan saringan tapisan keselamatan terhadap calon yang mahu bekerja sebagai pengasuh.


Justeru, katanya, pihak JKM akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu supaya risiko penderaan kanak-kanak di taska dapat dikurangkan.


"Oleh itu, kita akan bersama pengusaha taska melihat calon pengasuh ini menjalani ujian psikometrik," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page