top of page

Veto AS galakkan pembunuhan berterusan di Palestin



Tindakan negara kuasa besar Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak gencatan senjata yang ditaja Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) semalam hanya akan membenarkan Israel meneruskan keganasan pembunuhan rakyat Palestin.


Menurut Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Datuk Raja Ir Kamarul Bahrin Shah, resolusi PBB berdasarkan Artikel 99 itu hanya sekali digunakan dan mendapat sokongan besar negara di dunia. Katanya, hanya AS yang menjadi batu penghalang dalam menghentikan perang Israel - Palestin.


"Kira kira 100 ahli PBB menaja bersama resolusi itu dan 13 ahli Majlis Keselamatan semuanya mengundi dengan hanya AS memveto dan mengundi menentangnya .


"Takrif perkataan "pariah" yang digunakan oleh AS terhadap Arab Saudi sebelum ini untuk kematian wartawan (Adnan) Kashoggi (pembunuhan pengkritik), bermaksud "orang buangan atau ditolak oleh masyarakat umum". (Malangnya) perkataan pariah tidak digunakan apabila 63 wartawan dibunuh oleh Israel di Gaza.


"Jika semua ahli PBB mengundi resolusi gencatan senjata Gaza dan AS adalah satu-satunya berkecuali, perkataan pariah nampaknya sesuai digunakan untuk AS dalam isu ini.


"Sokongan tanpa syarat untuk Israel dari AS jelas merupakan sokongan terbuka untuk Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang diperkukuh lagi dengan veto untuk gencatan senjata. Bermakna AS tidak mahu menghentikan pembunuhan orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga emas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raja Bahrin menunjukkan mangsa keganasan Israel

Tegas Raja Kamarul Bahrin, sikap acuh tak acuh AS itu dalam hal pembunuhan beramai ramai tidak pernah berlaku sebelum ini.


Katanya, undian PBB terbaru adalah peluang terbaik untuk mewujudkan gencatan senjata yang dimusnahkan oleh pendirian AS dan Israel yang seolah olah menentang seluruh dunia.


Menyentuh bantahan peringkat antarabangsa yang dilakukan oleh AMANAH, kata Raja Kamarul Bahrin, parti itu telah menyerahkan 4 memorandum mengenai pembunuhan Gaza termasuk 2 dengan gambar grafik dan imej kanak-kanak kecil yang dibunuh kepada Kedutaan AS di Kuala Lumpur


"Setiap kali pegawai AS bertemu kami mereka mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak bermakna: "saya harap lain kali kita bertemu dalam keadaan yang lebih baik."


"Sebenarnya setiap kali kita bertemu, keadaan di Gaza telah menjadi lebih teruk dan tidak dapat dipercayai dengan kekejaman demi kekejaman," katanya.


Bagi Raja Kamarul Bahrin, dunia telah kehabisan ungkapan untuk menggambarkan kekejaman Israel dan keengganan AS yang tidak berperikemanusiaan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai.


Katanya, wakil AS yang mengangkat tangan membantah gencatan senjata Gaza di PBB baru-baru ini telah dibasahi darah lebih 17,000 nyawa terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga emas.


"Hari ini 10 Disember, adalah hari Hak Asasi Manusia Sedunia.


"Di mata Israel dan AS, adakah rakyat Palestin mempunyai hak yang sama untuk hidup dengan selamat dengan bermaruah seperti manusia normal lain di muka bumi ini?" tanyanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page